Monday, March 21, 2011

Kepergian Amir Daniel

Assalamualaikum

Salam pada semua pembaca blog yg budiman. Hampir 4 bulan kepergian anak tersayang Amir Daniel. Kematian arwah Amir Daniel atas kebocoran otot diafragm yg menyebabkan usus dan hati telah masuk keruangan paru paru.

Ini adalah suratan takdir yg telah ditentukan Ilahi.

Doakan untuk arwah Amir Daniel

Monday, October 25, 2010

Tulislah lagi

Assalamualaikum

Kali ini adalah kali pertama dalam tahun 2010 aku update blog.

Salam untuk semua. Hairan kenapa aku dah mula nak menulis kat blog ini semua. Pada mula aku dah tak ada minat langsung nak update malah aku dah tak mau tengok lagi blog ni. Pertama sekali aku cukup gembira sebab Zarina (Isteri tercintaku) sudah hamil 7 bulan anak yang ke 4. Alhamdullilah aku sudah kembali normal dari hari hariku sejak beberapa bulan dan juga tahun. Selepas bulan 10 2008. Aku kembali recover. Banyak juga rintangan yang aku lalui. Anak aku Amir Luqman pun dah 2 tahun lebih.

Aku belum lagi menulis lagu. Walaupun permintaan semakin banyak. Sebab dah lama cuti aku dah tak tau macam mana nak mula. Inilah rintangan yg aku lalui selama 2 tahun lebih ni 'Writer's Block' yg melampau lampau. Banyak pekerjaan yg masih panding dan ada juga dalam proses. Tahap kesihatan aku pun kembali normal. Aku dah mula tidur malam dan penyakit insomnia aku dah baik..Alhamdullilah.

Setakat ini sahajalah dulu. Aku nak beradu. Tunggu dilain hari...Insya Allah

Friday, October 23, 2009

Kala benci mula berzikir

Salam pada semua


Aku mulakan dengan satu perkataan yang kita akan ungkapkan kalau kita tidak suka pada sesuatu dan tidak menerima fakta atau perkara berlaku dalam hidup. Ini adalah lumrah manusia yg ada dalam diri sejak azali. Aku bukan seorang manusia yg sempurna perangai benci ini memang ada dalam hidup sejak azali lagi. Tapi benci ini terbit apabila hati kita tak dapat menerima. Tapi haruskan kebencian ini perlu dalam hidup?

Persoalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan dan mungkin kedepanan ini(ada ke perkataan kedepanan? tidak mengapa aku ni sewel)Aku pernah membenci seseorang tanpa sebab aku membenci dia. Kesian orang itu. Perasaan benci aku membuak-buak sedangkan hamba Allah itu tidak pernah bersalah pada aku.

Dalam Al Quran pun ada kata. Syaitan dan Iblis akan cuba menyesatkan kaum nabi Adam atas keengganan untuk sujut pada nabi Adam. Sahihlah sudah kebencian ini sudah ada.


Aku rasa tidak perlu untuk aku teruskan lagi untuk cerita kebencian. Setakat ini sahaja.. Sebelum aku membenci blog ini..


Wasalam

Monday, October 12, 2009

Mengapa melalut?

Persoalan yang makin bermain dalam kepala otak aku ni. Selama ini aku tak faham macam mana masih ada orang yang terlibat dalam bidang seni ni rupanya dari orang yang memang tidak ada bakat.Ramai yang mengaku dari golongan seni.Tapi sumpah sepatah haram ilmu seni pun tak ada.Tapi kalau bila bercakap pasal seni. Agaknya gunung pun boleh rata dengan kata katanya. Haruskah sebagai orang seni aku patut singkirkan golongan seperti ini? Atau sekadar menjadi Pak lawak sahaja..

Adakah aku buta seni? sekarang kalau anda buta seni tak menjadi masalah.Ia lebih baik daripada buta hati.

Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya dan Laman Sanur @ A Famosa Melaka

Selamat Hari Raya

Tahun ini saya beraya di kampung. Heheh bestnya. Sebenarnya di kampung tapi tak menginap di kampung. My wife jumpa satu website yg rent out kondo di A famosa Resort Melaka. Sebenarnya tak jauh dari rumah kampung. Kalau jalan kaki jauh laa kalau naik kereta ada laa dalam 5-10 minutes.

Wednesday, September 09, 2009

Mohariz datang kembali

Apa khabar pembaca blog sekelian,


Dah lama betul aku tak update blog aku ni yg terlalu banyak semak samun lalang dan ada binatang liar hidup di dalamnya. Terlalu banyak isu yg aku nak ceritakan. Keadaan yg menlanda Malaysia dan cerita industri muzik terkini.

Mungkin semua sudah tahu akan kebencian warga Indonesia tentang Malaysia. Aku rasa isu ini adalah isu yg cuma dimainkan di media media Indonesia sebagai pelaris. Isu bodoh ini amatlah memalukan. Pertuduhan ini cuma dilaung laungkan untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Sedangkan kalau kita lihat kini kandungan hiburan di Malaysia boleh dikatakan datang dari tanah seberang. Wajarkah Armand Maulana menyatakan Malaysia adalah pencuri sedang mereka adalah 'maling' yg paling cilaka. Ini juga berbangkit pada kebodohan dan kesombongan pihak syarikat rakaman dan juga media Malaysia yg terlalu mengagungkan karya dari seberang. Sebaliknya kita sebagai penggiat muzik di Malaysia TERPAKSA mengikut cara dan gaya pemuzik dari tanah seberang. Jadi mula dari sekarang kita sebagai penggiat dan peminat muzik tanah air menyelamatkan industri muzik kita yang kehausan karya karya terbaik dari penggiat muzik.


Aku tidak akan berperang dgn pemuzik dari seberang. Bahkan aku lebih berharap agar kita dapat membantu menaikkan industri ini dari terus pupus dgn kedatangan karya dari seberang. Kalau tidak ada orang bawak bahan bahan dari seberang maka tidak adalah bahan bahan itu.

Jangan anggap isu ini Bodoh..jangan pentingkan diri sendiri dan jangan mengaut keuntungan dgn karya dari seberang. Fikirlah..



Tuesday, January 13, 2009

Di hari itu

Di hari itu aku cuma tersenyum,
melihat manusia menangis atas kematian seekor kucing.
Pada masa yang sama juga aku akan tersenyum apa bila terlihat
manusia berpusu pusu menyertai realiti TV

Di hari itu aku cuma tersenyum
apabila setiap anak melayu tidak memahami bahasanya sendiri
Pada masa yg sama aku akan tersenyum lebar bila orang melayu
tak suka adat melayu. Kolot katanya

Pada hari tu aku akan menangis semahu mahunya
Jika ada yg mencari kutu di tangga rumah
sambil mengumpat orang jiran sebelah
Rupanya dalam moden ada juga kolotnya

Monday, January 12, 2009

Pencipta lagu Malaysia adalah terbaik untuk Muzik Malaysia

Assalamualaikum

Pagi tadi aku dok dengar lagu Siti Nurhaliza yg terbaru Di taman teman. Aku tengok kesungguhan pencipta lagu atau sekarang dengan gelaran popular 'Komposer'. Aku sebenarnya aku geli bila aku dengar gelaran tu pasal kat ada bezanya komposer dgn pencipta lagu.

Tak apa laa kita tinggalkan perkara itu. Lebih baik kita ceritakan pasal hasil karya yg dihasilkan oleh penulis lagu Malaysia. Kalau kita nak dibandingkan industri muzik Malaysia ini masih kecil berbanding industri muzik tanah seberang. Aku patut berikan pujian pada Datuk Siti Nurhaliza kerana album terbaru Lantera Timur. Album ni bagi aku biasa saja. Tapi aku puji kesungguhan Datuk Siti Nurhaliza untuk martabatkan muzik Malaysia. Pencipta lagu yang terlibat juga perlu diberikan pujian. Antaranya M Nasir, Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki dan beberapa yg lain. Bukan aku tak sebut semua.

Bandingkan muzik Malaysia dengan muzik tanah seberang, kita amatlah beruntung pasal di sini ada berbagai rentak dan style muzik asli melayu dan muzik asli Malaysia ini amat popular. Jadi usaha untuk memperkayakan muzik asli melayu ini amatlah saya banggakan. Penulis lirik Malaysia yg terlibat dalam Lentera Timur itu perlu juga diberikan pujian. Saya mengerti akan selera rakyat Malaysia ini kerana ada yang mahukan sesuatu yang lain. Kebetulan hasil muzik tanah seberang lagi menarik. Ada yang cakap dengan saya kenapa "komposer Malaysia ni tak dapat nak buat yg terbaik macam muzik tanah seberang". Sedap sedap je yang cakap macam tu.

Bukan komposer kita tidak bagus. Kita telah di sogokkan muzik yg memang membosankan. Dari dulu lagi. Kita ada banyak karya karya terbaik selalunya ia tidak dilayan atau disimpan tidak pernah didengarkan. Ramai artis kita yang bagus. Yang terbaik biasanya cuma berdiam, yang popular biasanya tak habis habis dgn gossip sial. Tapi kita selalu memandang rendah karya kita sendiri. Sedangkan penggiat muzik tanahair kita berusaha yang terbaik untuk menaikkan karya mereka ke tahap yang paling baik. Ada yang mengambil langkah yang memberikan kuota bagi muzik Malaysia dan muzik dari tanah seberang. Ia adalah langkah yang paling baik dalam menangani masalah dalam Industri muzik.

Cuba kita renungkan kembali. Semua penggiat seni kita terpaksa berhempas pulas untuk memberikan karya karya terbaik. Saya nak tanya kepada pembaca blog ini pernahkah pencipta lagu dari tanah seberang yang boleh menulis berbagai genre muzik. Di Malaysia ini pencipta lagu kita boleh buat bermacam macam genre muzik berbanding penulis lagu dari tanah seberang. Aku tak pernah pulak dengar Melly Goeslow buat lagu Dangdut atau buat lagu keroncong. Kalau ada mungkin aku punya fakta ini tak betul.

Jadi Muzik Malaysia adalah yang terbaik untuk Malaysia tak perlulah kita popularkan karya asing. Pernah dulu lagu Isabella sangat popular di Indonesia. Kedatangan muzik tanah seberang bermula pada tahun 1999. Pada masa itu ramai yang menggila dengan Dewa 19,Kris Dayanti dan Melly Goeslow. Muzik Malaysia mula dipandang sepi. Kita sebenarnya tak perlukan longgokkan artis Malaysia popular di tanah seberang. Kita cuma hantar yang terbaik dari Malaysia dan antara terbaik ini akan tetap dikenang dan menjadi popular. Berbanding longgokkan muzik tanah seberang. Percayalah mereka tak sebagus mana pun. Tapi peliknya ia diminati.. bodohnya.

Pada hari ini saya bukan nak merendah rendahkan sesiapa tapi saya cuma mahu berkongsi dengan pembaca semua. Hargailah hasil ciptaan lagu lagu Malaysia. Sokonglah Muzik Malaysia

Tuesday, January 06, 2009

Tag Oh Tag

Aku dipaksa tag oleh Hani Salwah..Paksa tau.


1. Do you think you "hot"?

Yes i am hot..Hot enough to boil egg. Setahu aku sekarang ni memang panas.
Sah pas ni cari air badak.


2. Upload a favourite picture of you:


3. Why Do Like This Picture?

Gambar aku seorang ayah yg mencukur rambut anaknya.

4. When was the last time you ate pizza?

Last week with my wife and mother inlaw.
Domino pizza..tak der la sedap mana just
mengisi perut yg lapar.

5. The song you listened to?

Akan Tiba by Alif OIAM. Lagu Soundtrack Rona Roni Makaroni.
Lagu ni lain macam. Sebab lagu ni aku rasa sungguh kerdil. Aku masih mencari cari.
Rasa macam aku ni nobody dalam industri music.

6. What are you doing right now besides this?

Trying to write more and more songs and want to be the best among the best.

7. What other names do you prefer besides this?

Rasanya nama betul aku hanya untuk sanak saudara dan sahabat terdekat sahaja.Biarlah orang yg belum mengenali aku cuma tahu nama aku sekarang Mohariz Hj Yaakup.

New victims to answer this tag:

Zarina Mohd Ramly
Azlan Abu Hassan
Joe Lee
Audi Mok
Aku bimbo SaniBoey (walaupun dia tak suka benda ni aku paksa dia)



8. Who is no 1?

Seorang isteri, girlfriend dan ibu kepada 3 anak aku yg comel comel. Selalu membuatkan aku gembira. Orang yang aku cintai dan paling aku hargai. Dia sahaja yg faham akan perangai aku ni.
Dia selalu membuatkan aku dilamun cinta setiap hari. Dia adalah penasihat aku dan account manager merangkap general manger aku.


9. Who is no 3 having a relationship with?

Seorang kawan yg sungguh kreatif dan kawan yang banyak idea. Ideanya lebih dari jangkauan masa. Advance laa katakan

10. Say something about no 5?

A cool guy. Tak cakap banyak. Dia menulis. Aku kenal dia dah lama. Sampai sekarang aku tak ingat aku kenal dia kat mana. Blog dia memang menjadi pujaan aku. Tulisan dia pasal industri hiburan memang menarik. Kadang-kadang aku pun takut nak buat macam dia.

11. What about no 4?

Siapa tak kenal tu memang dia bukan suka muzik Malaysia. Aku memang admire kerja dia masa aku jumpa dia kat Babyboss Studio tahun 1996. Masa tu dia masih remaja lagi. Sekarang pun masih remaja. Kita rapat masa buat album Malaysian idol. Masa tu aku kerja dengan BMG Music Malaysia. Ada beberapa music equipment dia jual kat aku. Sampai sekarang aku masih simpan.

12. Who is number 2?

My brother. Lain mak lain bapak. Dia ni genius. Orangnya pemalu dan sangat baik hati. Aku pun admire dengan kerja kerja dia macam Audi Mok jugak. Aku pernah bekerja dengan dia sebagai penulis lirik dan sessionist. Orangnya sangat teliti dan kerjanya sungguh bagus.





Tuesday, October 28, 2008

Kenangan Aku Part 1

Aku teringat sekarang ni senang nak cari kartun lama lama..



Ini adalah salah satunya.. Masa citer ni aku tengok.. Bapak aku dah beli TV kaler



Citer ni pulak aku tak leh dapatkan visualnya...bunyi dia ko dah ingat



Ini satu lagi aku minat sangat



Yang ni pulak Toriton.... citer ni bapak aku pun minat... hahahah

Gambar terbaru Amir Luqman


Inilah dia gambar anak lelaki aku Amir Luqman

Rumah Mak

Hari ini aku rasa gembira kerana aku dapat bertemu bonda yang tercinta. Walaupun aku sering juga jumpa di hujung minggu atau di setiap waktu yang memerlukan. Kerinduan cuma terubat apabila dapat melihat wajahnya. Itulah ajaibnya kasih seorang ibu. Syukur aku masih ada dia....

Wednesday, February 06, 2008

The Day

Aku sebenarnya teruja nak tulis blog ni kerana kegembiraan menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama aku...tambah terharu pula bila aku dengar lagu ini. Aku akan uploadkan gambar ultra scan yg terbaru...

Babyface The Day (That You Gave Me A Son)


Twas late December the news came
And I got so excited, I cried all day
And you were such a lovely, precious SIGHT
When I saw our baby in your eyes

It was like falling deep in love
I heard the angels cry above
I felt a blessing straight from God
The day that you gave me a son

I called 'bout everyone I knew
Just think, I'll be a father 'cause of you
There's no greater love than what you gave
A brand new baby on the way

Oh such tears of joy, I've never known
I can't remember
It's like a song, I've never heard
I've never sung, but know the words

Wednesday, January 30, 2008

Delima Suria


Hari ini adalah hari yang paling sedih dalam hidup saya. Pemergian sahabatku kenali dan semakin rapat. Rosli Bin Khamis atau lebih manja dikenali sebagai LOLOQ.
Allahyarham telah pulang ke warahmathullah pada 1:37 petang di Hospital pakar Damansara.
Dulunya kami tak pernah suka, masing masing membenci.. tetapi persahabatan bertaut maka saya dan Loloq semakin rapat. Pernah juga orang bertanya pada saya, Adakah saya ini ada lah Personal Assistant pada Loloq.

Tidak ada apa yg saya gambarkan pemergian sahabat saya ini. Ia amat mendukacitakan semua peminat dan penggiat industri muzik. Allahyarham ada menulis lirik untuk saya dan dia juga berpesan pada jirannya yg juga mengenali saya semasa dia sedang sakit agar lagu itu diberikan pada yg sesuai. Airmata saya yg lama dipendam semasa pengkebumian akhirnya berjuraian seperti hujan setelah mendengar pesan yg disampaikan. Walaupun pilu tetap saya terima pemergiannya.


Alfatihah pada sahabatku LOLOQ...Allah sahaja membalas jasa baikmu..

Thursday, January 24, 2008

Benar?




What Mohd Kharizul Means



You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.

You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!



You are well rounded, with a complete perspective on life.

You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.

At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.



You are a seeker of knowledge, and you have learned many things in your life.

You are also a keeper of knowledge - meaning you don't spill secrets or spread gossip.

People sometimes think you're snobby or aloof, but you're just too deep in thought to pay attention to them.







You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



Ya Allah..
Thanks to Intan Nazrahayu for this link

Wednesday, January 09, 2008

CINTA CINTA CINTA

Assalamualaikum... pembaca blog aku yg budiman

Telah kesekian kalinya aku berminat nak menulis balik. Setelah beberapa lama aku menyepikan diri bertafakur dan bermunajat dalam kesyahduan ilahi. Kini aku kembali bersama membawa cinta yg aku semai untuk bacaan dah dihayati bersama.

kelesuan dan kesuraman kepala otak aku ni membuatkan aku mula tinggalkan blog ini buat sementara waktu. Banyak berita yang aku hendak dan ingin sampai dalam warkah yg tak berlagu ini. Pilu rasanya apabila terkenangkan blog aku ni yg penuh dengan lalang,rumpai,cipan dan juga gajah gajah yg berkeliaran dalam blog ini. Akhirnya pada hari ini aku kembali menebas nebas dan cuba menghalau cipan-cipan,gajah-gajah yang bermaharanilela di blog aku ni.

Tujuan aku kembali ini bukan mempersoalkan pasal AJL(akhirnya aku masuk final juga hahaha) tapi ada lah untuk memberitahu aku akan mengeluarkan album kompilasi hasil dari ciptaan lirik dan beberapa buah lagu yg aku tulis..Tajuk album ni CINTA CINTA CINTA (tapi lom kompom dgn record label)Sekarang ini aku mula menulis beberapa lagu BARU untuk dimuatkan dalam album tersebut.

So untuk maklumat lebih lanjut pasal album ni aku akan beritahu kelak....so stay alive stay tune


WAssALAM

Monday, September 03, 2007

Naik semak

Assalamualaikum...

Bukan lalang saja tumbuh
Gajah pun dah lepak celah semak
tunggu laaa

MOHARIZ YAAKUP akan kembali menulis


p/s : Tunggu Lagu KAER AZAMI - Bukan Kasih Ini...setelah setahun tak tulis lirik

Thursday, May 24, 2007

Usang

Dah naik lalang blog aku ni..... nanti aaa kau update

Saturday, February 24, 2007

Salam Terakhir



Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula

Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir......


Inilah bait lirik yg buat aku sedih setiap kali aku dgr lagu ni....
Sudirman masih diingatan...
Moga Allah mencucuri rahmat kepada Sudirman Hj Arshad (12 May 1954 - 22 February 1992)

Tuesday, February 06, 2007

Balada seorang penulis lagu

Baru baru ni ada laa kes.. Kecoh pasal lagu Secebis harapan diciplak dgn lagu penyanyi Israel...Sedihnya pula lagu tu di tulis oleh kawan aku..
Ramai yg menuduh ramai yg bengang...Tapi disebalik perkara ini kenapa pulak media-media menghebohkan?

Aku terasa hati bila statement ni keluar..Kenapa Zul Mahat dihentam? Jadi penulis lagu seperti bukannya boleh untung sangat. Cubalah faham. Penjualan album, sekarang ni album yg keluar pun bukan semua boleh laku di pasaran. Boleh terjual macam kat US atau UK. Kira mat salleh tu buat lagu popular pas tu album jual sampai 100 juta copy. Bayangkan penulis lagu tu dah tak payah keje sampai dia rasa duit dia dah habis. Berapa banyak royalty album dia? Performance dan album royalty dia pun tak habis makan.

TAPI berlainan kat MALAYSIAA ni.. Tulis lagu cantik cantik dengan pulangan yg tah tentu dapat ke tidak? Tak kira macam mana popular arits Malaysia ni BELUM tentu album dia terjual banyak. Pas tu pulak sikap orang Malaysia ni Sharing is caring a.k.a Illegal DOWNLOADING..... Ini kena haramkan baru album boleh jual

Tengok laa dulu dulu cita P Ramlee..Orang lebih suka cari menantu MAJIStret,LOYA,Dokter dan Enginniur.(salah ejaan dengan segaja) masa dulu-dulu memang orang akan pandang rendah pada orang seni, tapi pegi jugak kelab malam atau keberet. Tidak mengira orang kaya atau miskin. Tapi orang seni dianggap LOW CLASS..Apa dia fikir dia class sangat? Kalau class kenapa pegi jugak kelab kelab malam ni...Tak bodoh orang Malaya masa tu....Ada jugak yang gila kat pompuan joget..Primadona Bangsawan. Tapi tu dulu...Sekarang dah lain....dapat menantu komposer wooo...terbeliak mata. Watak komposer dah dilakunkan..Semilu sayang(Salah ejaan dgn senganja).

Sampai orang kampung aku pun tau komposer tu haper kebendanya...Tapi taraf komposer sebenarnya tak pernah pulak macam mana digambarkan dalam drama tu. Komposer ni kaki pompuan, kaki botol skandal sana skandal sini....tu tak benar.. semua komposer kat Malaysia ni baik baik.. Terejal tu ada laa..

Berapa pendapatan seseorang penulis lagu atau penulis lirik dapat? Ada tak diwarwarkan? Kalau penulis lagu tu terkenal memang banyaklah dia dapat. Cuba tak terkenal berapa banyak dia dapat setahun..Royalti album...tak banyak sebab album tak jual. Performance royalti banyak la kalau lagu aku main kat radio atau TV. Sebab itulah ramai penulis lagu nak jadi penerbit album.. Boleh la hidup sikit

Macam mana penulis lagu atau lirik nak berjaya dan menempah nama dalam industri muzik? Susah...aku pun ambik masa nak masuk dalam industri muzik ni.. Nasib baiklah ada Adnan Abu hassan yg percaya kat aku untuk tulis lirik lagu lagu dia. Kepercayaan dia pada aku memang aku hargai. Tapi belum tentu aku dikenali...kan kalau korang jumpa aku kat Restoran mamak korang kenal tak muka aku ni? BELUM tentu...

Seingat aku laa.. Aku pernah kena halau dari studio semata mata nak belajar pasal studio ni. Pas tu aku jugak pernah keje pasar malam pasal nak kejar cita cita dalam muzik ni. Aku jugak pernah belajar secara formal. Aku pun masih belajar. Banyak lagi aku tak tau. Aku masih beli buku pasal muzik. Pasal apa? Pasal aku bukannya pandai.

Akhirkata.. majulah sukan untuk negara... ehhhhhhhhhhh...Saya berharaplah pada semua penggemar muzik tanahair..Belilah album artis tempatan..tak payah laa download...Hargailah penulis lagu tempatan. Aku harap kepada yg membaca blog aku ni tak laa tersinggung, pasal aku pun mausia macam korang..Ada tak puas hati jumpa dgn aku.. Jangan tulis kat forum cari.com.my

Saya sudahi dgn wabilla hitaufik walhidayah...Wassalamualaikum WBT

"Hormat polis trafik jgn buat jenayah.."