Thursday, May 05, 2011

Dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri

Assalamualaikum

Inilah pertama kali aku update blog luar dari kawasan kebiasaan aku. Aku kehilangan. Aku sedang kehilangan tahap maksimum. Aku dah kehilangan sabar. Turning point untuk jadi orang yg paling tak ada tolak ansur. Aku selama ini dah buat keje muzik ni selama ini aku banyak ikutkan kerenah manusia DIVA. Sampai kali ini aku dah cukup nk sapu bontot DIVA DIVA Malaya ni...

Untuk sekelian kalinya...Moga Allah ampunkan mereka

Monday, March 21, 2011

Kepergian Amir Daniel

Assalamualaikum

Salam pada semua pembaca blog yg budiman. Hampir 4 bulan kepergian anak tersayang Amir Daniel. Kematian arwah Amir Daniel atas kebocoran otot diafragm yg menyebabkan usus dan hati telah masuk keruangan paru paru.

Ini adalah suratan takdir yg telah ditentukan Ilahi.

Doakan untuk arwah Amir Daniel

Monday, October 25, 2010

Tulislah lagi

Assalamualaikum

Kali ini adalah kali pertama dalam tahun 2010 aku update blog.

Salam untuk semua. Hairan kenapa aku dah mula nak menulis kat blog ini semua. Pada mula aku dah tak ada minat langsung nak update malah aku dah tak mau tengok lagi blog ni. Pertama sekali aku cukup gembira sebab Zarina (Isteri tercintaku) sudah hamil 7 bulan anak yang ke 4. Alhamdullilah aku sudah kembali normal dari hari hariku sejak beberapa bulan dan juga tahun. Selepas bulan 10 2008. Aku kembali recover. Banyak juga rintangan yang aku lalui. Anak aku Amir Luqman pun dah 2 tahun lebih.

Aku belum lagi menulis lagu. Walaupun permintaan semakin banyak. Sebab dah lama cuti aku dah tak tau macam mana nak mula. Inilah rintangan yg aku lalui selama 2 tahun lebih ni 'Writer's Block' yg melampau lampau. Banyak pekerjaan yg masih panding dan ada juga dalam proses. Tahap kesihatan aku pun kembali normal. Aku dah mula tidur malam dan penyakit insomnia aku dah baik..Alhamdullilah.

Setakat ini sahajalah dulu. Aku nak beradu. Tunggu dilain hari...Insya Allah

Friday, October 23, 2009

Kala benci mula berzikir

Salam pada semua


Aku mulakan dengan satu perkataan yang kita akan ungkapkan kalau kita tidak suka pada sesuatu dan tidak menerima fakta atau perkara berlaku dalam hidup. Ini adalah lumrah manusia yg ada dalam diri sejak azali. Aku bukan seorang manusia yg sempurna perangai benci ini memang ada dalam hidup sejak azali lagi. Tapi benci ini terbit apabila hati kita tak dapat menerima. Tapi haruskan kebencian ini perlu dalam hidup?

Persoalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan dan mungkin kedepanan ini(ada ke perkataan kedepanan? tidak mengapa aku ni sewel)Aku pernah membenci seseorang tanpa sebab aku membenci dia. Kesian orang itu. Perasaan benci aku membuak-buak sedangkan hamba Allah itu tidak pernah bersalah pada aku.

Dalam Al Quran pun ada kata. Syaitan dan Iblis akan cuba menyesatkan kaum nabi Adam atas keengganan untuk sujut pada nabi Adam. Sahihlah sudah kebencian ini sudah ada.


Aku rasa tidak perlu untuk aku teruskan lagi untuk cerita kebencian. Setakat ini sahaja.. Sebelum aku membenci blog ini..


Wasalam

Monday, October 12, 2009

Mengapa melalut?

Persoalan yang makin bermain dalam kepala otak aku ni. Selama ini aku tak faham macam mana masih ada orang yang terlibat dalam bidang seni ni rupanya dari orang yang memang tidak ada bakat.Ramai yang mengaku dari golongan seni.Tapi sumpah sepatah haram ilmu seni pun tak ada.Tapi kalau bila bercakap pasal seni. Agaknya gunung pun boleh rata dengan kata katanya. Haruskah sebagai orang seni aku patut singkirkan golongan seperti ini? Atau sekadar menjadi Pak lawak sahaja..

Adakah aku buta seni? sekarang kalau anda buta seni tak menjadi masalah.Ia lebih baik daripada buta hati.

Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya dan Laman Sanur @ A Famosa Melaka

Selamat Hari Raya

Tahun ini saya beraya di kampung. Heheh bestnya. Sebenarnya di kampung tapi tak menginap di kampung. My wife jumpa satu website yg rent out kondo di A famosa Resort Melaka. Sebenarnya tak jauh dari rumah kampung. Kalau jalan kaki jauh laa kalau naik kereta ada laa dalam 5-10 minutes.

Wednesday, September 09, 2009

Mohariz datang kembali

Apa khabar pembaca blog sekelian,


Dah lama betul aku tak update blog aku ni yg terlalu banyak semak samun lalang dan ada binatang liar hidup di dalamnya. Terlalu banyak isu yg aku nak ceritakan. Keadaan yg menlanda Malaysia dan cerita industri muzik terkini.

Mungkin semua sudah tahu akan kebencian warga Indonesia tentang Malaysia. Aku rasa isu ini adalah isu yg cuma dimainkan di media media Indonesia sebagai pelaris. Isu bodoh ini amatlah memalukan. Pertuduhan ini cuma dilaung laungkan untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Sedangkan kalau kita lihat kini kandungan hiburan di Malaysia boleh dikatakan datang dari tanah seberang. Wajarkah Armand Maulana menyatakan Malaysia adalah pencuri sedang mereka adalah 'maling' yg paling cilaka. Ini juga berbangkit pada kebodohan dan kesombongan pihak syarikat rakaman dan juga media Malaysia yg terlalu mengagungkan karya dari seberang. Sebaliknya kita sebagai penggiat muzik di Malaysia TERPAKSA mengikut cara dan gaya pemuzik dari tanah seberang. Jadi mula dari sekarang kita sebagai penggiat dan peminat muzik tanah air menyelamatkan industri muzik kita yang kehausan karya karya terbaik dari penggiat muzik.


Aku tidak akan berperang dgn pemuzik dari seberang. Bahkan aku lebih berharap agar kita dapat membantu menaikkan industri ini dari terus pupus dgn kedatangan karya dari seberang. Kalau tidak ada orang bawak bahan bahan dari seberang maka tidak adalah bahan bahan itu.

Jangan anggap isu ini Bodoh..jangan pentingkan diri sendiri dan jangan mengaut keuntungan dgn karya dari seberang. Fikirlah..