Wednesday, January 30, 2008
Delima Suria
Hari ini adalah hari yang paling sedih dalam hidup saya. Pemergian sahabatku kenali dan semakin rapat. Rosli Bin Khamis atau lebih manja dikenali sebagai LOLOQ.
Allahyarham telah pulang ke warahmathullah pada 1:37 petang di Hospital pakar Damansara.
Dulunya kami tak pernah suka, masing masing membenci.. tetapi persahabatan bertaut maka saya dan Loloq semakin rapat. Pernah juga orang bertanya pada saya, Adakah saya ini ada lah Personal Assistant pada Loloq.
Tidak ada apa yg saya gambarkan pemergian sahabat saya ini. Ia amat mendukacitakan semua peminat dan penggiat industri muzik. Allahyarham ada menulis lirik untuk saya dan dia juga berpesan pada jirannya yg juga mengenali saya semasa dia sedang sakit agar lagu itu diberikan pada yg sesuai. Airmata saya yg lama dipendam semasa pengkebumian akhirnya berjuraian seperti hujan setelah mendengar pesan yg disampaikan. Walaupun pilu tetap saya terima pemergiannya.
Alfatihah pada sahabatku LOLOQ...Allah sahaja membalas jasa baikmu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment