Monday, January 12, 2009

Pencipta lagu Malaysia adalah terbaik untuk Muzik Malaysia

Assalamualaikum

Pagi tadi aku dok dengar lagu Siti Nurhaliza yg terbaru Di taman teman. Aku tengok kesungguhan pencipta lagu atau sekarang dengan gelaran popular 'Komposer'. Aku sebenarnya aku geli bila aku dengar gelaran tu pasal kat ada bezanya komposer dgn pencipta lagu.

Tak apa laa kita tinggalkan perkara itu. Lebih baik kita ceritakan pasal hasil karya yg dihasilkan oleh penulis lagu Malaysia. Kalau kita nak dibandingkan industri muzik Malaysia ini masih kecil berbanding industri muzik tanah seberang. Aku patut berikan pujian pada Datuk Siti Nurhaliza kerana album terbaru Lantera Timur. Album ni bagi aku biasa saja. Tapi aku puji kesungguhan Datuk Siti Nurhaliza untuk martabatkan muzik Malaysia. Pencipta lagu yang terlibat juga perlu diberikan pujian. Antaranya M Nasir, Adnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki dan beberapa yg lain. Bukan aku tak sebut semua.

Bandingkan muzik Malaysia dengan muzik tanah seberang, kita amatlah beruntung pasal di sini ada berbagai rentak dan style muzik asli melayu dan muzik asli Malaysia ini amat popular. Jadi usaha untuk memperkayakan muzik asli melayu ini amatlah saya banggakan. Penulis lirik Malaysia yg terlibat dalam Lentera Timur itu perlu juga diberikan pujian. Saya mengerti akan selera rakyat Malaysia ini kerana ada yang mahukan sesuatu yang lain. Kebetulan hasil muzik tanah seberang lagi menarik. Ada yang cakap dengan saya kenapa "komposer Malaysia ni tak dapat nak buat yg terbaik macam muzik tanah seberang". Sedap sedap je yang cakap macam tu.

Bukan komposer kita tidak bagus. Kita telah di sogokkan muzik yg memang membosankan. Dari dulu lagi. Kita ada banyak karya karya terbaik selalunya ia tidak dilayan atau disimpan tidak pernah didengarkan. Ramai artis kita yang bagus. Yang terbaik biasanya cuma berdiam, yang popular biasanya tak habis habis dgn gossip sial. Tapi kita selalu memandang rendah karya kita sendiri. Sedangkan penggiat muzik tanahair kita berusaha yang terbaik untuk menaikkan karya mereka ke tahap yang paling baik. Ada yang mengambil langkah yang memberikan kuota bagi muzik Malaysia dan muzik dari tanah seberang. Ia adalah langkah yang paling baik dalam menangani masalah dalam Industri muzik.

Cuba kita renungkan kembali. Semua penggiat seni kita terpaksa berhempas pulas untuk memberikan karya karya terbaik. Saya nak tanya kepada pembaca blog ini pernahkah pencipta lagu dari tanah seberang yang boleh menulis berbagai genre muzik. Di Malaysia ini pencipta lagu kita boleh buat bermacam macam genre muzik berbanding penulis lagu dari tanah seberang. Aku tak pernah pulak dengar Melly Goeslow buat lagu Dangdut atau buat lagu keroncong. Kalau ada mungkin aku punya fakta ini tak betul.

Jadi Muzik Malaysia adalah yang terbaik untuk Malaysia tak perlulah kita popularkan karya asing. Pernah dulu lagu Isabella sangat popular di Indonesia. Kedatangan muzik tanah seberang bermula pada tahun 1999. Pada masa itu ramai yang menggila dengan Dewa 19,Kris Dayanti dan Melly Goeslow. Muzik Malaysia mula dipandang sepi. Kita sebenarnya tak perlukan longgokkan artis Malaysia popular di tanah seberang. Kita cuma hantar yang terbaik dari Malaysia dan antara terbaik ini akan tetap dikenang dan menjadi popular. Berbanding longgokkan muzik tanah seberang. Percayalah mereka tak sebagus mana pun. Tapi peliknya ia diminati.. bodohnya.

Pada hari ini saya bukan nak merendah rendahkan sesiapa tapi saya cuma mahu berkongsi dengan pembaca semua. Hargailah hasil ciptaan lagu lagu Malaysia. Sokonglah Muzik Malaysia

1 comment:

Unknown said...

Kat sini jer tak banyak komen.. Kat Facebook macam banjir komen