Tuesday, October 28, 2008

Gambar terbaru Amir Luqman


Inilah dia gambar anak lelaki aku Amir Luqman

Rumah Mak

Hari ini aku rasa gembira kerana aku dapat bertemu bonda yang tercinta. Walaupun aku sering juga jumpa di hujung minggu atau di setiap waktu yang memerlukan. Kerinduan cuma terubat apabila dapat melihat wajahnya. Itulah ajaibnya kasih seorang ibu. Syukur aku masih ada dia....

Wednesday, February 06, 2008

The Day

Aku sebenarnya teruja nak tulis blog ni kerana kegembiraan menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama aku...tambah terharu pula bila aku dengar lagu ini. Aku akan uploadkan gambar ultra scan yg terbaru...

Babyface The Day (That You Gave Me A Son)


Twas late December the news came
And I got so excited, I cried all day
And you were such a lovely, precious SIGHT
When I saw our baby in your eyes

It was like falling deep in love
I heard the angels cry above
I felt a blessing straight from God
The day that you gave me a son

I called 'bout everyone I knew
Just think, I'll be a father 'cause of you
There's no greater love than what you gave
A brand new baby on the way

Oh such tears of joy, I've never known
I can't remember
It's like a song, I've never heard
I've never sung, but know the words

Wednesday, January 30, 2008

Delima Suria


Hari ini adalah hari yang paling sedih dalam hidup saya. Pemergian sahabatku kenali dan semakin rapat. Rosli Bin Khamis atau lebih manja dikenali sebagai LOLOQ.
Allahyarham telah pulang ke warahmathullah pada 1:37 petang di Hospital pakar Damansara.
Dulunya kami tak pernah suka, masing masing membenci.. tetapi persahabatan bertaut maka saya dan Loloq semakin rapat. Pernah juga orang bertanya pada saya, Adakah saya ini ada lah Personal Assistant pada Loloq.

Tidak ada apa yg saya gambarkan pemergian sahabat saya ini. Ia amat mendukacitakan semua peminat dan penggiat industri muzik. Allahyarham ada menulis lirik untuk saya dan dia juga berpesan pada jirannya yg juga mengenali saya semasa dia sedang sakit agar lagu itu diberikan pada yg sesuai. Airmata saya yg lama dipendam semasa pengkebumian akhirnya berjuraian seperti hujan setelah mendengar pesan yg disampaikan. Walaupun pilu tetap saya terima pemergiannya.


Alfatihah pada sahabatku LOLOQ...Allah sahaja membalas jasa baikmu..

Thursday, January 24, 2008

Benar?




What Mohd Kharizul Means



You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.

You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!



You are well rounded, with a complete perspective on life.

You are solid and dependable. You are loyal, and people can count on you.

At times, you can be a bit too serious. You tend to put too much pressure on yourself.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.

You are powerful and competent, especially in the workplace.

People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.



You are a seeker of knowledge, and you have learned many things in your life.

You are also a keeper of knowledge - meaning you don't spill secrets or spread gossip.

People sometimes think you're snobby or aloof, but you're just too deep in thought to pay attention to them.







You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you're so lucky, you don't really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You're sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



Ya Allah..
Thanks to Intan Nazrahayu for this link

Wednesday, January 09, 2008

CINTA CINTA CINTA

Assalamualaikum... pembaca blog aku yg budiman

Telah kesekian kalinya aku berminat nak menulis balik. Setelah beberapa lama aku menyepikan diri bertafakur dan bermunajat dalam kesyahduan ilahi. Kini aku kembali bersama membawa cinta yg aku semai untuk bacaan dah dihayati bersama.

kelesuan dan kesuraman kepala otak aku ni membuatkan aku mula tinggalkan blog ini buat sementara waktu. Banyak berita yang aku hendak dan ingin sampai dalam warkah yg tak berlagu ini. Pilu rasanya apabila terkenangkan blog aku ni yg penuh dengan lalang,rumpai,cipan dan juga gajah gajah yg berkeliaran dalam blog ini. Akhirnya pada hari ini aku kembali menebas nebas dan cuba menghalau cipan-cipan,gajah-gajah yang bermaharanilela di blog aku ni.

Tujuan aku kembali ini bukan mempersoalkan pasal AJL(akhirnya aku masuk final juga hahaha) tapi ada lah untuk memberitahu aku akan mengeluarkan album kompilasi hasil dari ciptaan lirik dan beberapa buah lagu yg aku tulis..Tajuk album ni CINTA CINTA CINTA (tapi lom kompom dgn record label)Sekarang ini aku mula menulis beberapa lagu BARU untuk dimuatkan dalam album tersebut.

So untuk maklumat lebih lanjut pasal album ni aku akan beritahu kelak....so stay alive stay tune


WAssALAM

Monday, September 03, 2007

Naik semak

Assalamualaikum...

Bukan lalang saja tumbuh
Gajah pun dah lepak celah semak
tunggu laaa

MOHARIZ YAAKUP akan kembali menulis


p/s : Tunggu Lagu KAER AZAMI - Bukan Kasih Ini...setelah setahun tak tulis lirik

Thursday, May 24, 2007

Usang

Dah naik lalang blog aku ni..... nanti aaa kau update

Saturday, February 24, 2007

Salam Terakhir



Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula

Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir......


Inilah bait lirik yg buat aku sedih setiap kali aku dgr lagu ni....
Sudirman masih diingatan...
Moga Allah mencucuri rahmat kepada Sudirman Hj Arshad (12 May 1954 - 22 February 1992)

Tuesday, February 06, 2007

Balada seorang penulis lagu

Baru baru ni ada laa kes.. Kecoh pasal lagu Secebis harapan diciplak dgn lagu penyanyi Israel...Sedihnya pula lagu tu di tulis oleh kawan aku..
Ramai yg menuduh ramai yg bengang...Tapi disebalik perkara ini kenapa pulak media-media menghebohkan?

Aku terasa hati bila statement ni keluar..Kenapa Zul Mahat dihentam? Jadi penulis lagu seperti bukannya boleh untung sangat. Cubalah faham. Penjualan album, sekarang ni album yg keluar pun bukan semua boleh laku di pasaran. Boleh terjual macam kat US atau UK. Kira mat salleh tu buat lagu popular pas tu album jual sampai 100 juta copy. Bayangkan penulis lagu tu dah tak payah keje sampai dia rasa duit dia dah habis. Berapa banyak royalty album dia? Performance dan album royalty dia pun tak habis makan.

TAPI berlainan kat MALAYSIAA ni.. Tulis lagu cantik cantik dengan pulangan yg tah tentu dapat ke tidak? Tak kira macam mana popular arits Malaysia ni BELUM tentu album dia terjual banyak. Pas tu pulak sikap orang Malaysia ni Sharing is caring a.k.a Illegal DOWNLOADING..... Ini kena haramkan baru album boleh jual

Tengok laa dulu dulu cita P Ramlee..Orang lebih suka cari menantu MAJIStret,LOYA,Dokter dan Enginniur.(salah ejaan dengan segaja) masa dulu-dulu memang orang akan pandang rendah pada orang seni, tapi pegi jugak kelab malam atau keberet. Tidak mengira orang kaya atau miskin. Tapi orang seni dianggap LOW CLASS..Apa dia fikir dia class sangat? Kalau class kenapa pegi jugak kelab kelab malam ni...Tak bodoh orang Malaya masa tu....Ada jugak yang gila kat pompuan joget..Primadona Bangsawan. Tapi tu dulu...Sekarang dah lain....dapat menantu komposer wooo...terbeliak mata. Watak komposer dah dilakunkan..Semilu sayang(Salah ejaan dgn senganja).

Sampai orang kampung aku pun tau komposer tu haper kebendanya...Tapi taraf komposer sebenarnya tak pernah pulak macam mana digambarkan dalam drama tu. Komposer ni kaki pompuan, kaki botol skandal sana skandal sini....tu tak benar.. semua komposer kat Malaysia ni baik baik.. Terejal tu ada laa..

Berapa pendapatan seseorang penulis lagu atau penulis lirik dapat? Ada tak diwarwarkan? Kalau penulis lagu tu terkenal memang banyaklah dia dapat. Cuba tak terkenal berapa banyak dia dapat setahun..Royalti album...tak banyak sebab album tak jual. Performance royalti banyak la kalau lagu aku main kat radio atau TV. Sebab itulah ramai penulis lagu nak jadi penerbit album.. Boleh la hidup sikit

Macam mana penulis lagu atau lirik nak berjaya dan menempah nama dalam industri muzik? Susah...aku pun ambik masa nak masuk dalam industri muzik ni.. Nasib baiklah ada Adnan Abu hassan yg percaya kat aku untuk tulis lirik lagu lagu dia. Kepercayaan dia pada aku memang aku hargai. Tapi belum tentu aku dikenali...kan kalau korang jumpa aku kat Restoran mamak korang kenal tak muka aku ni? BELUM tentu...

Seingat aku laa.. Aku pernah kena halau dari studio semata mata nak belajar pasal studio ni. Pas tu aku jugak pernah keje pasar malam pasal nak kejar cita cita dalam muzik ni. Aku jugak pernah belajar secara formal. Aku pun masih belajar. Banyak lagi aku tak tau. Aku masih beli buku pasal muzik. Pasal apa? Pasal aku bukannya pandai.

Akhirkata.. majulah sukan untuk negara... ehhhhhhhhhhh...Saya berharaplah pada semua penggemar muzik tanahair..Belilah album artis tempatan..tak payah laa download...Hargailah penulis lagu tempatan. Aku harap kepada yg membaca blog aku ni tak laa tersinggung, pasal aku pun mausia macam korang..Ada tak puas hati jumpa dgn aku.. Jangan tulis kat forum cari.com.my

Saya sudahi dgn wabilla hitaufik walhidayah...Wassalamualaikum WBT

"Hormat polis trafik jgn buat jenayah.."

Tuesday, December 19, 2006

AJL lagi

walaupun cerita aku ni dah basi tapi aku nak jugak cerita..Kenapa lagu Caramu Nikki tak masuk aa?? Kalau aku dgr lagu tu kat radio aku boleh bayangkan Nikki dgn sexynya menari..Fuhhh makhruh makruh... fuh fuhh aku suka lagu tu pasal awal lagu tu ada drum mcm marchning..bam bam bam trrr bam bam..trrr.. mcm mana nak bayangkan bunyi dalam perkataan

Kenapalah juri tak bagi lebih markah? saper jadi juri yer hari tu? Nak aku gigit gigit tangan dia... Biasaaaa dia


to
Audi Mok..u champion laa
Nur Fatima.. Ni baru permulaan....AJL semua menang tiada pengalah
Nikki..mmmmmmmmm good luck...nyum nyum

Sunday, December 17, 2006

Manusia dan Perangai

First sekali salam utk semua yg baca..

Bagu sat tadi aku tengok satu perkara berlaku dalam MELODI TV3.. ada sorang mamat lembut ni sudah tipu pelakon pelakon..Kesian jugak..bagi aku dia ni memang nak tunjukan bakat dia. Tapi takper pernah diberi peluang..Ni kira kira mcm aku dulu dulu laa. Bagi aku mamat ni terrer siot. Macam mana dia boleh reka cerita pas tu melodi boleh involve pulak tu..Fuh gila babas. Aku tak salahkan mamat tu sebab dia nak cari jalan dan mungkin dia sakit mental. Sebab tak boleh terima kegagalan. Aku tak berani nak buat mcm tu...Berani la dia.. tapi sayang tak bertempat

Kepada mamat yg buat tu kalau baca blog gua ni...Beb jgn susah kan orang.. Cuba baiki penulisan insya allah kalau ada rezeki cita cita ko akan tercapai..Pada pelakon yg kena, korang bantu la dia..jgn marah dia yeahhhhhhhh


Wassalam.....perut lapar nak makan

Saturday, December 16, 2006

Sesedap rasa?

Hari ni dah berapa ratus hari aku tak update blog blog ni. Macam-macam terjadi dari pekara kecik sampai perkara yg boleh jadi punca bergaduh.. Jeng Jeng Jeng...

Aku terbaca kat SOK KABAR tentang separuh akhir juara lagu. Aku rasa ada yang lebih layak dari yang layak. Biasa laa bertanding kalau terrer macam mana pun akhirnya tak masuk jugak..Aku pun pernah merasakan..Pedih... Harapan yg tinggi akhirnya terpelecuk di tgh jalan..Kecundang sebelum pegi perang...ada yang merajuk nak tarik diri utk katogori lain mcm budak sekolah tadika tak dapat buat persembahan masa akhir tahun hari penyampaian hadiah..Nangis² hentak kaki.. hahahaah..RELAX LA ni kalah menang tu adat laa.. tengok aku semua lirik tak masuk pun tak der apa-apa pun.....tak ada rezeki tahun depan ada lagi.. Insya Allah. Tak menang AJL mungkin AIM ke APM ke ICUWENAIGETDEY ke apa apa la...janji menang..Gores dan menang...

OK Serius serious

Aku sekarang ni dah mula bosan nak tulis lagu...Aku pun tak tau apa silapnya? Mungkin aku ni bukan penulis lagu yg baik atau aku ni angan-angan jer..Mungkin aku belum lagi lulus untuk melayan citarasa recording label dan artiste... Pening jugak.. aku tulis lagu utk meluahkan apa yg aku rasa.

Inikan pula menulis LIRIK..geli jer aku rasa.. mcm semut masuk dalam telinga..hahahahaha..entah laa sekarang ni aku dah kekok menulis lirik..makin banyak aku tulis semakin banyak laa yg aku karut dan carutkan..

Mungkin hari bodoh aku dah mula...

Sekarang ni aku lebih rela ambik lagu orang disusun muziknya.. orang lain yg tulis lirik pas tu aku cuma jadi penerbit..Masalah lepas tu cuma nak betulkan pitching (perkataan yg dipopular oleh juri-juri realiti TV)nyanyian artis artis malaysian yg popular tapi bila nyanyi sumbang mambang. Nasib baik ada teknologi..Auto Tune

tapi kadang² teknologi pun tak boleh tolong..pas tu aku yang melolong sebab kena record balik vocal.Mcm mana pun aku rela dgn keje mcm ni.. Walaupun RINGGIT tak banyak tapi lebih baik dari menerima kutukan di forum forum pasal hasil karya aku..tah laa aku ni kalau orang komen pasal lagu aku, aku hangin sikit..Mak aku kata pulak kat aku ko tulis jer lagu dgn lirik jgn pedulikan kata orang.. Tak luak pun kalau orang kutuk paling kurang pun dia promo diri ko dari orang tak tau saper ko..Mcm kawan aku (E bukan nama sebenar).. aku cukup raspek kat dia pasal apa....orang punya laa kutuk dia gila gila...leleh laa lentok laa lembik laa lagu dia.. tapi dia tak pernah pulak miskin? Makin kaya ada laa..dia pun tak ambik tau pasal orang nak kutuk dia.. buat dekk jer.. apa tangkal laa dia pakai.


Sekarang semua pendengar dan mula ada citarasa..Dah pandai komen pasal nyanyian walaupun dia tak tau apa dia cakapkan. Pelik..dulu tak salah aku zaman tahun 70 an & 80an kalau kita dengar dan teliti balik penyanyi dulu nyanyi ada jugak sumbang tapi tak der pulak orang komen pun?Huh..tu laa.. aku pun tak tau laa mcm mana boleh jadi mcm ni.. Mungkin pengaruh dari juri juri realiti TV kononya arif pasal nyanyian walaupun tak terlibat langsung dalam bidang muzik..yang paling best tu la dia boleh cipta istilah-istilah sendiri..contohnya : LOW TONE. Menariknya pula penonton penonton siri realiti tv pula terikut-ikut walaupun mereka tak tau istilah itu adalah salah .. Aku rasa mungkin dia nak cakap LOW NOTE...mungkin Scriptwriter realiti TV tu salah ejaan(typo) tu yang keluar LOW TONE..walau bagaimana tak der orang yg perfect semua buat salah..kalau salah mintak ampun yeee


Entah laa semakin hari semakin pelik manusia ni..Dunia ni nak kia.... mmm lain kali aku citer lagi. mata aku mula mengantuk..bye

Wednesday, August 09, 2006

Aku akan bernikah

20/ogos/2006

Aku akan bernikah tak lama lagi..

http://www.pengantin.com.my/jemputankahwin/mohariz_zarina

Current works

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak tulis blog. Aku sekarang sibuk dengan recording banyak artiste. Sekarang ni aku baru jer habis Kaer AF2 tak lama lagi nak recording Amy Mastura untuk album hari raya. Ada beberapa kerja dengan Teenbiznet.com, sungguh mencabar. Kalau laa satu hari ada 28 jam pun belum cukup nak settlekan kerja kerja ni....

Untuk bulan depan dah standby jer tunggu aku nak mengerjakan jer. Bulan depan aku mula nak record ada nasyid group, Kaer 2nd song pas tu ada lagi dgn teenbiznet.com..Ada lagi assignment lain yang aku belum sure boleh buat ke tidak..

Kalau ada masa aku nak buat lagu lagu untuk Ning dan beberapa artiste lain.. Kalau laa ada idea dan masa..... hehehehe

Anyway korang semua wish aku buat yang terbaik.. heheheheh

Wednesday, June 28, 2006

Alhamdullilah





Kemenangan AIM 2006

Album Pop Terbaik & Album Terbaik AIM2006
Jaclyn Victor

Monday, April 03, 2006

AIM

Setelah lama aku menunggu akhirnya aku tercalon jugak 2 ketogori Anugerah Industri Muzik

Rakaman Album Terbaik - Jaclyn Victor

Album Pop Terbaik - Adibah Noor and Jaclyn Victor


Doakanlah moga kan berjaya

Saturday, March 11, 2006

Jakarta , Aku Kembali



Setelah hampir beberapa bulan aku tak pegi jakarta... Akhirnya aku kembali ke jakarta..Photo Endang S Taurina, suaminya(berbaju merah) Azlan dan aku...Gembira sangat aku jumpa lagenda penyanyi yang paling aku minat.. Akhir dialah menjemput aku dan Azlan di Soekarno Hatta..
Segalanya rasa macam satu keajaiban....Masa aku kat airport baru tiba azlan ada bagitau aku ada orang jemput nama dia Endang..pastu aku cakap Endang S Taurina kot.. aku pun gelak gelak dgn azlan...Aku macam tak percaya bila aku tengok memang yang jemput aku tu Endang S Taurina...ajaib sehhh

Moralnya.... Jaga pertuturan...cakap baik insya allah dibalas baik

Monday, February 06, 2006

Selamat Hari Jadi

Pada 4/2/2006 genap laa aku 31 tahun.. dah berumur gak aku ni.. aku ingat aku masih lagi 11 tahun.. Macam² berlaku tahun lepas.. tahun ni aku tak mau laa benda² buruk belaku kat aku.. harap tahun ni jadi lebih baik lagi.. Insya Allah




Hari sabtu har tu aku sambut birthday dgn anak buah aku.. aku jer lom ada anak lagi hehhe sabar sabar

Saturday, January 28, 2006

Assalamualaikum

Lama tak update blog ni..tunggulah..