Assalamualaikum
Kali ini adalah kali pertama dalam tahun 2010 aku update blog.
Salam untuk semua. Hairan kenapa aku dah mula nak menulis kat blog ini semua. Pada mula aku dah tak ada minat langsung nak update malah aku dah tak mau tengok lagi blog ni. Pertama sekali aku cukup gembira sebab Zarina (Isteri tercintaku) sudah hamil 7 bulan anak yang ke 4. Alhamdullilah aku sudah kembali normal dari hari hariku sejak beberapa bulan dan juga tahun. Selepas bulan 10 2008. Aku kembali recover. Banyak juga rintangan yang aku lalui. Anak aku Amir Luqman pun dah 2 tahun lebih.
Aku belum lagi menulis lagu. Walaupun permintaan semakin banyak. Sebab dah lama cuti aku dah tak tau macam mana nak mula. Inilah rintangan yg aku lalui selama 2 tahun lebih ni 'Writer's Block' yg melampau lampau. Banyak pekerjaan yg masih panding dan ada juga dalam proses. Tahap kesihatan aku pun kembali normal. Aku dah mula tidur malam dan penyakit insomnia aku dah baik..Alhamdullilah.
Setakat ini sahajalah dulu. Aku nak beradu. Tunggu dilain hari...Insya Allah
Monday, October 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)