Salam pada semua
Aku mulakan dengan satu perkataan yang kita akan ungkapkan kalau kita tidak suka pada sesuatu dan tidak menerima fakta atau perkara berlaku dalam hidup. Ini adalah lumrah manusia yg ada dalam diri sejak azali. Aku bukan seorang manusia yg sempurna perangai benci ini memang ada dalam hidup sejak azali lagi. Tapi benci ini terbit apabila hati kita tak dapat menerima. Tapi haruskan kebencian ini perlu dalam hidup?
Persoalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan dan mungkin kedepanan ini(ada ke perkataan kedepanan? tidak mengapa aku ni sewel)Aku pernah membenci seseorang tanpa sebab aku membenci dia. Kesian orang itu. Perasaan benci aku membuak-buak sedangkan hamba Allah itu tidak pernah bersalah pada aku.
Dalam Al Quran pun ada kata. Syaitan dan Iblis akan cuba menyesatkan kaum nabi Adam atas keengganan untuk sujut pada nabi Adam. Sahihlah sudah kebencian ini sudah ada.
Aku rasa tidak perlu untuk aku teruskan lagi untuk cerita kebencian. Setakat ini sahaja.. Sebelum aku membenci blog ini..
Wasalam
Friday, October 23, 2009
Monday, October 12, 2009
Mengapa melalut?
Persoalan yang makin bermain dalam kepala otak aku ni. Selama ini aku tak faham macam mana masih ada orang yang terlibat dalam bidang seni ni rupanya dari orang yang memang tidak ada bakat.Ramai yang mengaku dari golongan seni.Tapi sumpah sepatah haram ilmu seni pun tak ada.Tapi kalau bila bercakap pasal seni. Agaknya gunung pun boleh rata dengan kata katanya. Haruskah sebagai orang seni aku patut singkirkan golongan seperti ini? Atau sekadar menjadi Pak lawak sahaja..
Adakah aku buta seni? sekarang kalau anda buta seni tak menjadi masalah.Ia lebih baik daripada buta hati.
Adakah aku buta seni? sekarang kalau anda buta seni tak menjadi masalah.Ia lebih baik daripada buta hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)