Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya dan Laman Sanur @ A Famosa Melaka

Selamat Hari Raya

Tahun ini saya beraya di kampung. Heheh bestnya. Sebenarnya di kampung tapi tak menginap di kampung. My wife jumpa satu website yg rent out kondo di A famosa Resort Melaka. Sebenarnya tak jauh dari rumah kampung. Kalau jalan kaki jauh laa kalau naik kereta ada laa dalam 5-10 minutes.

Wednesday, September 09, 2009

Mohariz datang kembali

Apa khabar pembaca blog sekelian,


Dah lama betul aku tak update blog aku ni yg terlalu banyak semak samun lalang dan ada binatang liar hidup di dalamnya. Terlalu banyak isu yg aku nak ceritakan. Keadaan yg menlanda Malaysia dan cerita industri muzik terkini.

Mungkin semua sudah tahu akan kebencian warga Indonesia tentang Malaysia. Aku rasa isu ini adalah isu yg cuma dimainkan di media media Indonesia sebagai pelaris. Isu bodoh ini amatlah memalukan. Pertuduhan ini cuma dilaung laungkan untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.

Sedangkan kalau kita lihat kini kandungan hiburan di Malaysia boleh dikatakan datang dari tanah seberang. Wajarkah Armand Maulana menyatakan Malaysia adalah pencuri sedang mereka adalah 'maling' yg paling cilaka. Ini juga berbangkit pada kebodohan dan kesombongan pihak syarikat rakaman dan juga media Malaysia yg terlalu mengagungkan karya dari seberang. Sebaliknya kita sebagai penggiat muzik di Malaysia TERPAKSA mengikut cara dan gaya pemuzik dari tanah seberang. Jadi mula dari sekarang kita sebagai penggiat dan peminat muzik tanah air menyelamatkan industri muzik kita yang kehausan karya karya terbaik dari penggiat muzik.


Aku tidak akan berperang dgn pemuzik dari seberang. Bahkan aku lebih berharap agar kita dapat membantu menaikkan industri ini dari terus pupus dgn kedatangan karya dari seberang. Kalau tidak ada orang bawak bahan bahan dari seberang maka tidak adalah bahan bahan itu.

Jangan anggap isu ini Bodoh..jangan pentingkan diri sendiri dan jangan mengaut keuntungan dgn karya dari seberang. Fikirlah..